Kunjungan Najib Tun Razak ke India Hubungan_Malaysia_-_India

Pada 19 Januari 2010 ,Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melakukan lawatan rasmi ke India. India dan Malaysia menjadi sekutu dalam Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) . Hubungan itu tersasar selepas Malaysia memperkenalkan dasar "Pandang Ke Timur" dari 1980-an. India pula mengamalkan ekonomi tertutup tetapi kini telah diliberalisasikan . Kini India merupakan ketiga terbesar di Asia, dengan hanya disaingi China dan Jepun. Ekonominya rancak, sebesar US$1.2 trilion (RM4.0 trilion).Pertumbuhan ekonomi kira-kira 7 % setahun, dijana oleh 300 juta pekerja kelas pertengahan dan golongan berada India, malahan jumlah itu lebih besar daripada populasi Amerika Syarikat. Simpanan asing berjumlah US$280 bilion (RM935 bilion) .Pelaburan asing tahun 2009 berjumlah US$18 bilion (RM60 bilion).

Kemajuan India dalam tempoh 3 dekad (30 tahun) amat mengkagumkan. Organisasi Angkasa dan Penyelidikan India (ISRO) telah melancarkan 53 satelit .dan malahan saintis India membangunkan hati palsu manusia berdasarkan teknik pernafasan lipas.Pada 2009, Singapura merupakan pelabur kedua terbesar di India.

Najib melawat ke Tamil Nadu di selatan India, yang mempunyai pertalian darah dan kebudayaan dengan penduduk keturunan India Malaysia. Pemimpin tegar Tamil Nadu mempunyai persepsi negatif terhadap Malaysia terutama selepas isu Hindraf.[8]

Tamil Nadu ialah negeri asal ramai rakyat Malaysia keturunan India.85 peratus rakyat Malaysia keturunan India adalah daripada etnik Tamil. Selama 52 tahun Malaysia, tidak pernah Perdana Menteri Malaysia melawat Tamil Nadu kecuali Datuk Seri Najib Tun Razak. Indira Ghandhi dan Nehru pernah melawat Malaysia pada zaman Tunku Abdul Rahman.

Ketua Menteri Tamil Nadu M. Karunanidhi dan Sushma Sawraj daripada Parti Nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) mula bersikap positif dengan kehidupan etnik india di Malaysia.[9] Etnik India Malaysia tidak dibunuh sebagaimana kes di Australia.